Bahasa : | FAQ Log Masuk
atau

Perlukan bantuan? Hubungi kami!

Untuk paparan yang lebih baik, anda dinasihatkan untuk menggunakan pelayar Internet Explorer (Versi 11 dan ke atas) atau Google Chrome.



Apa itu Bumiputera Relief Financing (BRF)?
BRF merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dalam memberi sokongan kepada usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terjejas kesan daripada penyusutan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.
Pembiayaan ini juga bagi memastikan kemampanan dan kestabilan perniagaan Bumiputera kembali pulih serta dapat menyesuaikan perniagaan dengan model yang baharu ekoran perubahan norma pasaran ekonomi dan persekitaran.
Pakej Pembiayaan
Jumlah Pembiayaan RM100 Ribu – RM1 Juta
Skop Pembiayaan
  • Modal kerja
  • Perbelanjaan operasi (6 bulan maksimum)
  • Sistem automasi & peralatan
  • Perbelanjaan untuk melaksanakan amalan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19
Tempoh Pembiayaan 5.5 tahun maksimum (termasuk 6 bulan moratorium secara automatik pada prinsipal & keuntungan)
Kadar Keuntungan 3.5% setahun berdasarkan pengiraan asas bulanan
Tempoh Ketersediaan Pembiayaan Bermula dari tarikh pengumuman sehingga 30 November 2020 atau sehingga keseluruhan pembiayaan telah disalurkan (mana-mana yang terdahulu).
Syarat Kelayakan
  • Syarikat PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19 (syarikat didaftar mengikut garis panduan dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia) mengikut kategori di bawah:
    • Pembuatan – Hasil perolehan jualan tidak melebihi RM50 juta atau memiliki pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang
    • Perkhidmatan dan sektor lain – Hasil perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta atau memiliki pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang
  • Syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau badan-badan Kerajaan/pihak berkuasa tempatan yang diiktiraf. Ini TIDAK termasuk entiti yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat-syarikat subsidiari entiti berikut:
    • Syarikat Senarai Awam (tempatan atau asing)
    • Syarikat Multinasional (MNC)/Firma besar)
    • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs)
    • Syarikat Milik Kerajaan Negeri
    • Koperasi
  • Perniagaan milik Bumiputera (sekurang-kurangnya 70% pemegang saham syarikat adalah Bumiputera)
  • Perniagaan berlandaskan Shari’ah
  • Rekod kewangan yang memuaskan
Sektor/Industri Pembiayaan
Sektor Dibiaya Sektor Tidak Dibiaya
Peruncitan & Pengedaran Perdagangan Pertanian & Perlombongan
Kejuruteraan & Pembuatan Perumahan & Hartanah
Sistem & Automasi Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
Kesihatan Perniagaan Tidak Patuh Shari’ah
Hospitaliti
Penggerak Perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran)
Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)
Proses Permohonan
PERMOHONAN
Pemohon boleh menghantar permohonan beserta dokumen diperlukan secara atas talian di portal rasmi PUNB
PENILAIAN & KELULUSAN
  • Pegawai PUNB akan menilai dan menyemak dokumen permohonan bagi proses kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian
  • Setelah selesai proses penilaian dan semakan, PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya; tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan
PENGELUARAN DANA & PERLAKSANAAN
Setelah kesemua dokumen & syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan
  • Dokumen berkanun syarikat seperti:
    • M&A, Borang24,44,49 (Sdn Bhd)
    • Borang B&D (Milikan tunggal & Perkongsian)
    • Sijil/Kelayakan Profesional (Guaman, Arkitek, Perakaunan – jika ada)
    • Sdn Bhd - Penyata KWSP, LHDN & PERKESO
    • Lain-lain dokumen berkaitan
  • Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 2 tahun terkini (Sdn Bhd)
  • Akaun Pengurusan 2019 (Sdn Bhd)
  • Laporan Jualan Bulanan 2019 & 2020
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Profil syarikat (sekiranya ada)
  • Senarai penganugerahan kontrak/bukti kontrak-kontrak terdahulu (sekiranya ada)
  • Surat/sebarang bukti bagi moratorium yang telah diberikan oleh pihak bank bagi pembiayaan yang sedia ada
  • Salinan kad pengenalan Pengarah/rakan kongsi/pemilik tunggal/pemegang saham
  • Borang persetujuan bagi pengesahan rekod kredit pemohon
  • Penyerahan lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan persekutuan yang relevan serta perjanjian penyewaan yang sah
  • Bukti perniagaan terkesan daripada ekonomi yang merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 (jika ada) seperti Surat Fasiliti Pembiayaan Penstrukturan & Penjadualan Semula dari institusi kewangan lain, diskaun sewaan.pengecualian dari pemilik hartanah (jika melibatkan premis) dan berkaitan.
Keistimewaan Pembiayaan
  • Pemberian moratorium selama 6 bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana
  • Tiada cagaran diperlukan
  • Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 3 minggu (beserta dokumen dan maklumat yang lengkap)
Yuran Yang Akan Dikenakan (ditolak daripada pembiayaan):
  • Pemprosesan
  • Dokumentasi
  • Setem Duti
  • 3 bulan deposit sekuriti
  • Takaful Hayat dan Premis (Kebakaran & Kecurian/Pecah Masuk)